header image

Wudhuk Zahir & Batin

Posted by: azkram | March 27, 2009 |

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.

Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya

kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya

yang selalu dirasainyakurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan

bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ”

Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota

wudhuk dengan air”. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan

tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-g! ilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim ber! kata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskansemua

anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku

rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal M ustaqim’ dan

menganggap bahawa solatku kali iniadalah solat terakhir bagiku, kemudian aku

berniat dan bertakbir denganbaik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan

sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi

salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya

yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

under: Knowledge

Leave a response -

Your response:

Categories