| Gadisku … sebelum saya menulis perkataan – perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Maafkan saya…
Gad|sku … kau dijadikan oleh Allah dgn anggota tubuh yg sempurna. Rambut yg bersinar ikal mayang, hidungmu yg mancung, bibirmu yg kemerah – merahan, raut wajahmu yg ayu, anggota badanmu yg tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah gadisku.
Gadisku … mengertilah … sebagai tugu pertahanan dlm jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yg ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung.
Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dgn perkataan – perkataan yg suci, zikirullah.
Alangkah indahnya jika raut wajahmu yg ayu itu, dibasahi dgn air mata keinsafan … dipancari dgn cahaya nur, dihiasi dgn senyuman ikhlas … alangkah baiknya …
Gadisku … kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yg tersurat dan yg sebenar – benarnya.
Ketahuilah gadisku … kecantikan bukanlah segala – galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia.
Kerana … semua manusia adalah sama di sisi Allah, yg membezakan sesame manusia hanyalah amal ibadat, ia bekal kea lam lain selepas mati.
Gadisku … mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu.
Percayalah, batas – batas yg Allah berikan kpdmu sebagai seorg wanita, ada hikmah yg tersembunyi.
Gadisku … sekali lagi saya memohon maaf. Sesungguhnya hanya kita, gadis sesame islam yang layak dinasihatkan dan menasihati demi kebaikan kita bersama.
Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia.
Ingatlah dikau wahai gadisku sekalian, apabila kau berkawan dengan lelaki, samada sekarang atau akan datang setelah kamu dewasa, ingatlah ada dua pilihan terbentang.
Satu, kamu jadi seperti kelapa, yang mudah diperolehi, diparut, diperah dan diambil santanya. Selepas itu hempasnya dibuang.
Kedua, kamu boleh menjadi seperti sebutir mutiara di dasar lautan yang tersimpan rapi di dalam kulitnya.
Bukan mudah untuk mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah dapat memperolehinya. Oleh itu, jangan kamu hairan mengapa harganya begitu mahal sekali. Dan orang akan menyimpan mutiara itu buat selama – lamanya. |