Aku pula kelihatan bagai anak patung , menerima dan mendengar sahaja segala yang terluah tanpa mampu melakukan apa-apa . Kulihat Kak Long , Tengku Adrianna hanya memandangku dengan linangan air mata . Mungkin kerana kasihan . Mungkin juga kerana dia sendiri tidak pernah menyangka . Entahlah . Patutlah selama ini mereka cuba mengelak untuk memberikan salinan surat beranak kepadaku . Dan patutlah juga namaku tidak dibinkan papa , malah tiada juga nama Tengku di pangkal nama . Raut wajahku juga nampak berbeza dengan ahli keluarga yang lain . Rupa-rupanya ya…. Aduh bertapa pahitnya hakikat ! Betapa bodohnya aku kerana tidak pernah mahu ambil serius perkara-perkara ini! Esoknya aku dibawa ke kampung berjumpa dengan keluarga kandung . Tatkala aku menjejakkan kaki ke sana kulihat betapa daifnya mereka berteduh dalam sebuah pondok kecil yang kelihatan usang . Sesampainya di sana , ayah dan ibu menyambutku dengan linangan air mata . Begitu juga dengan adik-beradikku seramai 5 orang . Aku hanya membiarkan sahaja diriku dipeluk , dicium berkali-kali tanpa sedikitpun tersentuh apatah lagi berperasaan , Yang nyata , aku bertambah benci melihat orang-orang di sekelilingku . Aku benci ! aku benci ! Sejak itu aku mula berubah . Daripada seorang anak yang baik , adik yang manja dan pelajar yang pintar aku kini berubah menjadi kurang ajar , tidak bertimbang rasa sehingga sanggup menggadaikan kakak sendiri sebagai hadiah lumba motor . Dan kerana perbuatan yang tidak berhati perut itu akhirnya menyebabkan Kak Long membunuh diri kerana tidak sanggup lagi hidup dalam kehinaan . Aku juga telah dikelaskan sebagai pelajar tenakal di tempatku belajar . Papa dan mama pula sudah kehilangan kata . Mereka membuangku jauh-jauh . Bagaimanapun mereka masih lagi membenarkan aku tinggal dibanglo kerana itulah janji mereka kepada ibu dan ayahku . Daripada nama Iz , aku telah dipanggil DZ . Sebut sahaja DZ , semua pasti kenal . Tidak mengira guru , pelajar mahupun masyarakat sekeliling . Aku gembira hidup begitu . Sekurang-kurangnya aku puas! Namun segalanya tidak kekal lama . Entah bagaimana hati ini bagai diketuk dan diselitkan sedikit hidayah . Semuanya kerana gadis manis , naïf dan senaskah yassin . Masih segar dalam ingatanku perristiwa yang berlaku petang itu . Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah sedang berlangsung di dewan besar . Sebagai urusetia backdrop , aku tidak menang tangan di belakang pentas . Dan pada kemuncak sambutan Hari Guru tersebut , aku dijadualkan utnuk berada di tingkat atas pentas bagi upacara melepaskan belon . Turut membantu petang itu adalah seorang gadis yang amat kuminati , Nazfa . Entah mengapa hati ini amat tertarik padanya . Dia mungkin tidak secantik Ain , tidak sepandai Shima mahupun selembut Suraya . Nmun ada sesuatu yang mengikat aku padanya hinggakan aku yang suka mengusik dan mangacau pelajar-pelajar perempuan ini bagaikan terkunci lidah tatkala berhadapan dengannya . Ah , mungkin juga kerana senyumannya yang kurasakan amat istimewa . Sama seperti hari itu , dia tersenyum padaku sebaik sahaja aku tiba di atas pentas . Hanya tinggal kami berdua sahaja di situ menantikan kemuncak sambutan dimana upacara pelepasan belon akan berlangsung . Kulihat dia tersenyum namun mulutku bagaikan terkunci untuk berkata-kata . Entah mengapa , aku rasa janggal sekali petang itu . Segalanya serba tidak kena . Kami hanya mendiamkan diri dan bersedia dengan tugas masing-masing . Dalam diam dan debar , kami sedar hanya kesunyian yang mengisi ruang antara kami . Tiba-tiba , Nazfa mendekatiku secara perlahan sambil tangannya menyeluk saku seluarnya . Dengan muka selamba , dia lantas mengeluarkan sekotak rokok Dunhill lalu menarik salah satu daripadanya dan menunjukkan kepadaku . Aku terkisma . “Nak rokok?” Pelawanya bersahaja . “Er , saya!Eh!Maaf aku tak merokok .” kataku dalam nada yang terkejut dan menipu . “Awak fikir saya baru lahir semalam?” saya tahu awak merokok . Ambillah , tak baik menipu . Berdosa , tau!” Entah mengapa tanganku mengambil juga sebatang rokok dengan gerak tangan yang berat . Rokok itu kubiarkan sahaja tanpa dinyalakan . Melihatkan aku yang bagaikan orang bodoh , Nazfa akhirnya menghulurkan pula pemetik api namun ia telah ku tolak lembut . Memang benar-benar aku terasa bodoh hari itu . Sebenarnya otak aku sarat dengan pelbagai persoalan tentang tindakan Nazfa . Aku jadi keliru . Apakah Nazfa jahat ? Apa pula motif dia beri aku rokok ? Belum sempat mindaku menghuraikan persoalan-persoalan tentang gerak laku Nazfa terhadapku , Nazfa terlebih dahulu mengajukanku soalan yang cukup menarik . “Awak pernah suka kepada seseorang yang berlainan jantina ? Maksud saya meminati seseorang perempuan ?” Soalan Nazfa membuatkan aku terdiam . “Pernah” jawabku kelu . “Dia suka awak begini ? Maksud saya , merokok ? Nakal ?” “Eh , entahlah . Tak pernah tanya .kenapa?” ku lihat dia ketawa . Lucukah jawapan ku? “Awak kan suka kacau orang lain , kenapa tak berani tanya dia ?” “Sebab saya tak pernah tegur dia . Ini kali pertama saya bercakap dengannya . itupun dia yang tegur saya dulu .” Aku memandangnya berani . Kulihat Nazfa melarikan pandangannya ke arah lain . Ada riak-riak malu diwajahnya .Namun dia nyata bijak mengawal emosi lalu melempar senyum kepadaku . “ Jadi kalau kita sukakan seseorang , apa yang kita harus buat sebagai bukti sayangkan dia ?” “ Hmmm , lakukan apa yang disukainya dan elakkan perkara yang dibenci ,” katakaku menjawab soalan Nazfa bagai menjawab soalan kertas periksa Agama Islam sahaja lagaknya . “ Jadi saya tidak suka seorang perokok dan budak nakal.” Sekali lagi aku terkisma . Pantas mindaku mentafsirkan maksudnya . Aku faham namun tanpa kusedari jemariku yang tadinya erat memegang belon-belon merengang dan akhirnya menyebabkan belon-belon terlepas lebih awal dari yang dijadualkan . Kekecohan mula tercetus dalam dewan . Ah , aku tak peduli , biarlah belon-belon itu bebas sebagai meraikan kegembiraanku petang itu . Sejak itu , aku mula mengerti akan hidayah yang diberikan Allah padaku . Dan yang pasti , ia dimulakan oleh seorang insan yang amat istimewa dalam hidupku . Beberapa bulan telah berlalu dan aku tidak pasti sama ada aku atau orang sekeliling yang berubah … Aku telah berjaya mengubah diriku dan persepsi masyarakat sekeliling yang berubah . Sesungguhnya perubahan menuntut perngorbanan dan hasilnya adalah kemanisan . Inilah yang kurasakan . Walaupun perit untuk meninggalkan dunia lama , namun aku amat bersyukur kerana aku kini menjadi anak yang taat dan patuh . Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah 2 hari berlalu . Aku amat bersyukur kerana mampu menghadapinya dengan tenang dan yakin . Begitu juga dengan Nazfa . Hari itu aku perlu berjumpa dengannya yang mahu disampaikan padaku . “Iz , Efa ada sesuatu nak bagi Iz.” Dia mengelurkan hadiah nipis yang berbalut kemas . “Masa untuk Efa tinggal tidak banyak lagi . Efa nak Iz simpan hadiah ini elok-elok dah harap Iz hadiahkannya semula pada Efa satu hari nanti . Iz janji , ya?” Semakin berkerut dahiku mendengar permintaan pelik Efa pagi itu . “ Tak mengapa , Iz akan faham juga nanti . Efa minta maaf kalau ada buat salah pada Iz . Efa pergi dulu ya. Terima kasih atas segala-galanya Iz .” Efa bangun membiarkan aku yang masih terpaku di situ . Maka hari itu terus berlalu meninggalkan aku termangu memahat memori tentang gadis itu . Tanpa ku sedari yang ia juga merupakan pertemuan kami yang terakhir . Merenung kembali hadiah yang diberikan Nazfa , aku semakin bigung . Bait-bait kata pada helaian pertama hadiah itu tercatat sesuatu yang tidak kufahami . Sepanjang cuti aku cuba menjejak Nazfa meminta kepastian . Pantas aku mencari Mimi teman baik Nazfa yang kelihatan serba salah untuk menerangkan perkara sebenar . Rupanya isi kandungan yang tertulis dalam surat yang dikirimkan melalui Mimi nyata amat memeritkan .
Kehadapan izdihar, Tatkala kau menatap warkah ini, aku sudah selamat disemadikan. Maafkan kerana tak memaklumkannya kpdnya. Aku punya alasan sendiri. Aku berhutang sesuatu pdmu. Jadi aku ingin ceritakan sebuah kisah yg telah kurahsiakan darimu. Inilah kisah seorg anak terbuang yg dikutip oleh sebuah keluarga yg akhirnya membesarkan anak itu dgn sepak terajang oleh keluarga angkatnya tanpa sekelumit pun rasa rasa kasihan. Menginjak usia 12 thn, dirinya tidak lagi sudi dek kerakusan nafsu ayah angkat malah dia juga dijadikan hadiah setiap kali adanya perlumbaan motor. Benih yg dikandung juga sudah beberapa kali digugurkan dan akhirnya gadis malang itu disahkan menghidap penyakit yg paling ditakuti org. Rokok dan segala jenis kemungkaran melingkari hidupnya. Namun Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pintu taubatnya diketuk ilahi namun tidak tahu pd siapakah harus dia menyandarkan hasrat. Dlm bingung, dia melarikan diri menumpang di rumah kebajikan masyarakat dan disitulah dia akhirnya dibimbing mengenal Tuhan dan bersekolah. Disebabkan itu, dia hanya didaftarkan ke tingkatan 1 tatkala umurnya sudah mencecah 15 thn. Walau agak terlewat, namun dia sedar yg dia perlu meneruskan kehidupan demi memperoleh hidup yg lebih baik. Iz, tahuakn engkau bahawa gadis malang itu adalah aku, Nazfa Hanim Abdullah. Keperitan hidup yg aku alami menyebabkan aku ingin memastikan bahawa tidak akan ada org lain sepertiku lagi. Cukuplah hanya aku seorg yg merasainya. Iz, Kisah kita hampir serupa. Malah aku seperti nampak diriku dlm dirimu. Bezanya, kau masih ada 2 keluarga yg amat menyayangi mu. Kau bertuah Iz, malah kau harus menghargai mereka. Jgn jadi sepertiku Iz yg buta kasih saying dan tumpul keyakinan hidup. Aku tidak mahu lagi lagi seorg Nazfa Hanim. Ajalku makin hampir. Penyakit bahaya itu semakin merosakkan tubuhku. Dan penawarnya adalah maut. Aku rela kerana di hujung kehidupan ini, aku berjaya melihat perubahan org yg amat kusayangi. Tahniah, kerana kau benar – benar sudah berubah Iz. Iz, Aku minta maaf, jika selepas kau mengetahui segalanya kau akan membenci diriku. Maafkan aku kerana merahsiakannya selama ini namun ketahuilah Iz yg aku amat menyayangimu. Cuma mungkin jodoh pertemuan kita tidak lama dan aku amat menyayangimu. Cuma mungkin jodoh pertemuan kita tidak lama dan aku harap kau redha dgn pemergianku. Sekali lagi terima kasih Iz, kerana kau pernah menjadi penyumbang semangatku satu ketika dulu. Terima kasih kerana sudi menyayangi diriku yg hina ini. Jika benar kau sygkan aku, sayangilah aku seadanya umpama kau menyayani seorg kakak. Teruskanlah hidupmu. Jadilah seorg insan dan pemimpin yg ulung. Doakanlah agar aku damai disini. Jumpa lagi di alam lain …. - NAZFA HANIM ABDULLAH-
air mata mengganti bicara. Kini kumengerti segalanya. Patutlah kulihat dia lebih matang, rupanya dia lebih tua daripadaku. Aku juga sering melihat wajahnya pucat. Aku insaf kerana sesungguhnya aku kalah dgn ketabahannya. Akulah yg sebenarnya berhutang padanya kerana dia yg menyedar dan membantuku utk berubah. Aku yg seharusnya berterima kasih dan memohon maaf atas segala – galanya. Dan utk kesekian kalinya, terima kasih atas segala kau lakukan utkku, Nazfa!
Selesai solat maghrib, aku membuka senaskah Yassin, hadiah pertama dan terakhir daripada Nazfa. Kutatap baris – baris kata yg masih terang walaupun sudah lapan thn terpalit.
SEDEKAHLAH YASSIN INI KEPADAKU SETIAP KALI KAU MENGINGATIKU. MOGA KELAK DOSA – DOSA INI BISA TERAMPUN -NAZFA-
setitis air mataku tumpah lagi. Akhirnya segala persoalan terurai. Aku sedar sesungguhya kasih seorg kakak pada ku lebih bermakna daripada seorg teman istimewa. Seketika ingatanku terkenang pada arwah kak Long. Ya, allah ampunkan dosaku, dosa kak Long dan juga Nazfa. Moga 2 wanita yg kusayangi itu bersemadi dgn tenang. Dan seketika aku teringatkan sebuah lagu yg sering mengundang air mata Kak Nazfa. Dan setelah ku hayati baitnya, baru ku sedar mengapa hatinya tersentuh.
Rimbun redup kasihmu Kau tempatku berpayung Dimanakah lagi dpt kurebahkan Rasa gundah ini Nun kau, teguh disana Pengasih dan Penyayang Pun ku masih terleka Meneguk ihsan-mu walaupun kusedari Oh nyamannya Bila diperlukan rindumu Mengimbaulah sentosa Bentangkanku permaidani Dari baldu berwarna putih Agar tak kuterasakan Dugaan yg ku galas ini Kepadamu titianku Hijrahkanlah diri ini…. |