|
A long time ago, a girl named Li-Li got married and went to live with her Days passed days, and weeks passed weeks. Li-Li and her mother-in-law never Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law’s bad temper and dictatorship Time flies ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Weeks went by, and months went by. Every other day, Li-Li served the specially After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had The mother-in-law’s attitude toward Li-Li had changed, and she began to love One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She The moral of the story: How you treat others is exactly how they will treat you in return. Have you |
Poison
Posted by: azkram | March 27, 2009 | No Comment |Wudhuk Zahir & Batin
Posted by: azkram | March 27, 2009 | No Comment |Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya
kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya
yang selalu dirasainyakurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan
bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ”
Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air”. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-g! ilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim ber! kata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskansemua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal M ustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali iniadalah solat terakhir bagiku, kemudian aku
berniat dan bertakbir denganbaik.”
“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan
sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki
Posted by: azkram | March 27, 2009 | No Comment |Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-
LELAKI
*****
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.
WANITA
******
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah………………..
Erti Nama Sleng Jawa - Bahasa Malaysia (Lawak!!! ;>)
Posted by: azkram | March 27, 2009 | No Comment |Untuk kegunaan masa depan bagi mereka yang ingin menambah zuriat..
Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturunkan. Kalau kawin dgn Jawa,
eloklah guna nama ini untuk anak… Pilihlah yg anda berkenan:-
Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.
Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te’ Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi… ..
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokerman
9 Joke About Sardar
Posted by: azkram | February 15, 2009 | No Comment |
Joke 1
Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What ‘which part’? Whole body was born in India
Joke 2
2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if this bomb explodes while fixing?
Sardar 2: Don’t worry, I have one more.
Joke 3
Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with ‘T’.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol
Joke 4
Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.
Joke 5
Sardar accidentally break one of the old statue at the India National Museum Administrator: That’s a 500-year-old statue u’ve broken.
Sardar: Thanks God! I thought it was a new one.
Joke 6
At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
Sardar: Control yourself. Don’t cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?
Joke 7
Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ‘All India Radio! ‘
Joke 8
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. …..
Inteviewer shouts: Stop it.
Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup…
Joke 9
Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king’s skeleton.
Tourist: Who’s that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king’s skeleton when he was a child
Would you like to know if your mobile is original or not ?
Posted by: azkram | February 14, 2009 | No Comment |Press the following on your mobile*#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:
1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x
IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 2 or 2 , 0 this means your cell phone was assembled in Emirates which is very Bad quality
IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 8 or 8 , 0 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality
IF the Seventh & Eighth digits are 0, 1 or 1, 0 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good
IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 0 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality
IF the Seventh & Eighth digits are 1 , 3 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health
GaD|sKu … ReNuNgKaNLaH
Posted by: azkram | May 14, 2005 | 3 Comments |cerpen.. SeNasKaH… Yass|N
Posted by: azkram | May 14, 2005 | No Comment |
Tugas Terakhir Lina….
Posted by: azkram | May 12, 2005 | No Comment |"I terpaksa balik dululahh…., Puan Maria…. I got an appointment this evening….," Lina berdiri sambil memegang beg sandangnya. Maria merenung jamnya Sudah pukul 5:45 petang, tapi projek mereka masih belum siap dan sekarang Lina sudah minta izin pulang. "But we need to finish this proposal by tomorrow morning….. I want everything to be done before tomorrow…….." Maria memandang Lina seolah-olah meminta simpati. "Yes…,but it’s all settle except for slides preparation…. I boleh buat esok pagi..", janji Lina. "Okaylah….. go ahead but promise come early tomorrow…," Maria mengingatkan. "No problem… I tak pernah datang lambat Puan Maria…, in case you’ve forgotten…," Lina tersenyum. "Of course…… You never late…. but i belive tought is a special occasion, judging from I seen and…. jangan nak gaduh-gaduh lagi….. Tak baik…., nanti si Zam tu lari…., siapa yang rugi..???" Lina cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya. Maria memerhatikan Lina yang kelihatan anggun petang itu, melangkah keluar dari pintu office. Lina cantik, lemah lembut dan bijak. Beruntung sungguh boyfriendnya. Lina bukanlah seperti lain-lain sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan. Kini…. tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu. Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang pandai buat keje sendiri. Tahap kelajuan menaip bukan calang-calang, Maklumlah dia naik dari bawah sebelum duduk di kerusi Manager sekarang. Maria masih lagi tekun merekabentuk prensentation yang sesuai kerana Maria memang cerewet dalam hal-hal begini. Tidak ramai sekretarinya yang boleh memahani apa yang Maria mahukan, kecuali Lina yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria dan mempunyai etika yang bagus. Cuma tak suka stayback. Maklumlah orang muda tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada bergelut dengan kertas-kertas dan angka-angka. "Hhmmm.., mampus aku..!!! Macam mana nak design lay-out nie..??Macam ni buruk, ….macam tu pulak hodoh…., Problem…., Problem…!!! Bila aku boleh tidur nie….??? rungutnya. Maria memang nampak betul-betul tension sampai bercakap sendirian. Beberapa ketika kemudian, Maria hanya termenung di mejanya, sambil menghadap komputer. Kepalanya betul-betul buntu!!!Jam di monitor komputer menunjukan 7:30 malam. Tiba-tiba kedengran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.
"Assalamualaikumm…, Puan Maria…." suara yang memberi salam didengarnya. Untuk memastikannya, Maria berpaling, "Waalaikumsalam….., Eh.., kan ada date..??" Maria merenung Lina yang kelihatan agak murung. "Date I cancel lah…..," jawab Lina perlahan. "Kesian you…., takpe…., kita siapkan projek nie yer…… I pun sampai tahap buntu dah nie. I nak pergi sembahyang Maghrib dulu……You buat bagi habis, nanti I hantar you balik,"Maria bangun dan mencapai Al-Quran di ujung meja. Lina mengangguk dan terus duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi. "I stuck kat Motor Risks tu…. Tak tau nak buat lay-out kemalangan jalan rayalah…..", Maria menggaru-garu kepalanya. "Kalau boleh I nak yang betul-betul real supaya potential client tu faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan….. Boleh tak you buat something, ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya…..," sambungnya sambil mengambarkan apa yang diingininya. "Sure.., no problem…. I dah alami kemalangan jalanraya nie, I rasa I boleh buat apa yang you nak…," balas Lina. Maria tersenyum lega. Dia tahu kemampuan Lina. "Good.., I per gi sembahyang kejap…., Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak….., and don’t hesitate to interrupt me if there is anything….., Lina angguk. "You bacakan Yassin untuk I…, boleh tak ..?? Maklumlah I tak sempat belajar mengaji…," kata Lina perlahan sambil memandang Maria. "Tak sempat ke malas….??" Lina cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria. "Kita keje nie keje jugak…., Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan. I rasa tak pernah nampak you sembahyang………Lagipun kita…bukannya tak ada kemudahan untuk beribadat kat office nie…..," sekali lagi Lina terkena. Pedas..tapi itulah kenyataan!!! Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya. "Eerrrkk.., tak sempat…."balas Lina sambil tunduk. Maria terus menuju ke surau yang terletak cuma kira-kira 20 meter dari dalam surau. Maria dapat mendengar keyboard komputer berdetik-detik. Selesai sembahyang Maghrib, Maria terus berdoa semoga proposal itu diterima. Kemudian Maria membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak. Kedengaran bunyi printer sedang digunakan. "Cepat dan cekap sungguh Lina bekerja", bisik Maria. Belum pernah Maria rasa puas hati dengan sekretari-sekretarinya sebelum ini.
Jam sudah menunjukkan menandakan masuknya waktu Isyak. Maria mengerjakan solat Isyak dengan tenang. Setelah selesai Maria bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya. Suasana di pejabat sudah senyap sunyi. Mungkin Lina sudah menyelesaikan tugasnya. Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide lay-out dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success. InsyaAllah… dia akan mendapat premium yang agak lumayan dalam keadaan gawat-gawat begini. Maklumlah dalam keadaaan suasana ekonomi jatuh begini, setiap syarikat besar akan menggunakan insurans untuk mengurangkan risiko kerugian. Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut, dan dia berpuas hati dengan hasil kerja Lina. Nampaknya Lina sudah membuat beberapa pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi, dan Lina bijak memilih warna. Maria rasa,Lina lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari bidang insurans yang kurang kreativitinya yang tinggi ini. "Eeeeee…… ngerinya…., macam manalah agaknya dia boleh design gambar eksiden punya real..??" detik hati Maria. Maria memandang slide bertajuk Motor Risks. Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit sebuah motosikal. Kedua-dua pemboncengnya mati. Salah seorang daripadanya tercampak dan terbaring agak jauh dari motosikal manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta. Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah. Tinggi sungguh imaginasi Lina mengambarkan keadaan cermin kereta pecah berderai dan darah membasahi jalan raya. Maria sudah membayangkan suasana presentation esok. "It is going to be successful presentation with all this slides….," Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya. Lina masih tidak kelihatan Mungkin ke bilik air agaknya. Maria mencari di sana kemudian berpusing satu pejabat dan memanggil nama Lina, namun tiada sahutan. "Ke mana pula Lina pergi..?? Dah balik agaknya budak nie…," bisik Maria setelah gagal menemui Lina. Mungkin keluar ketika dia sedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria. "Tak apalah…janji kerja dah siap…" detik Maria sambil membawa komputer bimbitnya dan kesemua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang untuk singgah ke pejabat terlebih dahulu pagi esok. Seperti yang dijangkakan, presentation berjaya. Pelanggannya bersetuju dengan setiap kelas insurans yang dicadangkan. Malah pelanggannya juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko harta benda mereka.
Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Tiba di bangunan Sime Darby, Maria segera menuju ke lif dan menekan butang ke pejabatnya. Maria masuk ke pejabat bersemangat untuk berjumpa Lina dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha kerjanya semalam. Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja Lina makan. Walaupun Lina sememangnya patut membantunya tetapi Maria memang suka mengambil hati orang bawahannya. "Puan Maria, macam mana you boleh happy aje hari nie…?? tegur Faridah, penyambut tetamu di pejabat nya. "Presentation I success…,sebab tu I happy….Lina dah sampai..??" tanyanya. "Lina..??…Err.., you tak tahu ke..??" wajah Faridah berkerut memandang Maria. "Tak tau apa??… Semalam Lina patut keluar dengan Zam.., tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat…. tolong I buat kerja,…. Dia kata datenya cancel…." Maria menatap Faridah yang begitu kehairanan. "Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30..????… Tolong you buat keja..??… Errr you tak baca paper hari nie ker…??.." Mata Faridah terbeliak. Banyak tanya pulak Faridah nie. "Why…." hati Maria mula gusar. Faridah menghulurkan suratkhabar dan…. otak Maria pantas mencerna pandangan matanya. Hatinya berdebar kencang ketika membaca tajuk utama akhbar hari tu. ‘DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS’ Turut disiarkan gambar tragedi tersebut. "Ya Allah…., apa yang Kau cuba tunjukkan padaku..??" kaki Maria begitu lemah dan dia terduduk di sofa tetamu. Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat oleh Lina malam tadi. Perlahan-lahan Maria bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Maria mahu membaca surah Yassin, seperti apa yang Lina minta.
Suami saya adalah seorang jurutera
Posted by: azkram | May 8, 2005 | 2 Comments |Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah
cuba
memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"
